Ustaz, saya ada 9 orang anak. Anak-anak saya semua hebat-hebat. Namun saya tidak bangga langsung dengan mereka kecuali anak bongsu.
Saya mula bangun tahajud kerana anak bongsu yang baru darjah 6.
Suatu malam, saya dengar air jam 3 pagi dari bilik air. Saya bingkas bangun, tengok anak perempuan saya itu sedang mengambil wuduk. Lalu saya menunggunya di luar.
Sebaik saja dia keluar, saya tengok dia dan bertanya, "Kenapa dik?"
"Saya ambil wuduk abah," katanya.
"Kenapa ambil wuduk? Adik tak solat isyak lagi ke?"
"Adik nak solat tahajud bah," balasnya.
Sebaik saja jawapannya, saya terdiam. Saya pun membiarkan dia. Kemudian dia solat di ruang tamu. Saya tengok dia berdiri, lama kelamaan, dia menangis dalam dia. Saya terdiam tengok anak perempuan saya menangis dalam tahajud. Waktu mana saya terdiam tengok dia menangis, saya pun duduk di belakangnya.
Selesai sahaja dia solat, dia mengangkat tangan dan berdoa pada Allah. Waktu mana dia berdoa pada Allah, menggigil-gigil tangan dia sambil menangis. Saya dengar dia sebut pada Allah dalam bisikan dia.
"YA Allah, ampunkan dosa ayah saya ya Allah. Ayah saya tak bangun ya Allah. Dosa ibu saya, dosa keluarga saya ya Allah. Ayah saya tak bangun ya Allah, ayah saya tak tahajud ya Allah. Ibu saya tak bangun,"
Dia sebut nama saya dalam doanya, saya datang dan peluk, cium anak saya ustaz. Saya tanya kenapa dia menangis?
"Adik nak tengok abah solat dengan adik, bangun malam dengan adik," katanya.
Berjurai air mata saya ustaz.
"Ya Allah, anak aku darjah 6 dah bangun tahajud tetapi aku darjah 44 tak bangun-bangun lagi,"
Saya kesat air mata dan berjanji pada dia yang saya akan selalu bangun dan bersolat dengannya.
Bila kita diuji dengan penyakit, diuji dengan kehidupan yang susah tidak seperti yang lain, kita rasa kehidupan dunia ini tidak adil untuk kita. Kita rasa kurang tetapi bila kita bangun tahajud, kita rasa hati kita menang. Hati kita memang untuk kehidupan akhirat dan kita kenal mana yang kita nak tuju sebenarnya.
Dosa banyak mana pun kita, bila kita buat dosa pada siang hari, Allah tunggu malam hari untuk mengampunkan dosa kita. Selagi tak sampai nyawa di halqum, Allah masih mahu ampunkan dosa kita. Allah.. - Hamba Allah | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.