Siang tadi, time nak keluar cari nasi, ada seorang lelaki warga Bangladesh ini berteduh dari hujan di luar rumah aku. Kerja dia pusing keliling kawasan perumahan aku mencari kerja potong rumput, cuci longkang, basuh tandas dan bermacam-macam kerja.
"Ada kerja nak buat tak? Bayar ikhlas," katanya.
Aku kata pada dia, memang tak ada kerja nak buat pun. Selepas itu dia kata dia dah dua hari tak makan. Jadi, aku pun hulurlah RM10.00 kepada dia. Tapi dia tak nak ambil apatah lagi menerima. Bila aku tanya kenapa dia jawab, selagi dia tak buat kerja, dia tidak akan mengambil duit itu. Ah sudah pening! Nak bagi kerja apa? Tambahan pula masa itu aku dah lapar gila dah.
"Okay, you jaga rumah ini. Jangan kasi pencuri masuk sampai hujan stop," aku kata pada dia.
Dia setuju dan terus ambil duit itu.
Tidak beberapa lama kemudian, aku balik dari makan. Tengok-tengok lelaki Bangladesh itu sudah tiada. Tetapi dia tolong susunkan kasut yang bersepah di depan pintu dan sapu daun kering.
Aku respect pada lelaki Bangladesh ini. Walaupun dia hanya mendapat upah yang kecil tetapi kerja yang dia buat itu setimpal dengan apa yang dia dapat. Jadi, ada tenaga dan kudrat, bekerjalah dengan ikhlas dan amanah. Bukan meminta sedekah di jejantas. Sekian - Kewang | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM