'Best Tak Pergi Umrah? Sebelum Pergi Kau Prepare Apa Eh?'


Disebabkan kawan2 banyak tanya "best tak pergi umrah", "sebelum pergi kau prepare ape eh?", "okay je ke pergi berdua dgn ayah" and etc... So, sy nak share pengalaman and tips for umrah.

Ni pon untuk my future reference jika ada peluang nak smpai sana lagi in shaa Allah. Yela, melayu kan mudah lupa. Hehe

P/s ade beberapa gambar ambik dr google sbb tak sempt nak bergambar kat sana huhu *kononnya*

Okay, biasa nya orang yg first time pergi umrah, macam blur sikit and tak tau nak prepare apa. So macam sy, sy banyak google and tanya orang yang berpengalaman. 

Basically, before nak pergi umrah kita kena betulkan and ikhlas kan niat which is betul2 nak serah kan diri kat Allah and beribadat all out kat sana.

Then macam biasa, kena banyak buat solat sunat (hajat , taubat n etc) and doa banyak2 semoga Allah mudahkan semuanya. Oh ya, kat sana solat sunat jenazah tu mmg akan ade lepas solat fardhu. So google lah cara nak buat solat jenazah kalau tak reti k. And study juga pasal solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat rawatib and solat jamak.

Masa nak buat umrah, ilmu sangat penting. so rajin2 kan diri pergi kursus umrah, tgk youtube/ google pasal amali umrah and kena tahu menda yang dilarang dalam ihram.

haaa paling penting, before pergi kena banyak muhasabah diri and kena belajar sabar sabar dan sabar. Sebab kat sana kena banyak SABAR! 

On departure day, pastikan dah siap packing beg awal2, gerak awal and sampai awal. Pastikan kat beg kte ade letak TAG or RIBEN ke so dari jauh dah boleh cam bag memasing ( sbb biasanya travel agency akan bg bag yg sama).

And paling penting, pastikan beg memasing dah di-checked in even travel agency suruh kumpul 1 tempat and dorg akan uruskan. Tapi usha lah dr jauh whether bag kte dah check in ke belom. Sbbnya mmg ade kes beg tak smpai ke makkah -__-

If uolls pergi Makkah dulu (macam sy), nanti akan niat ihram atas flight. Pilot akan announce bila boleh niat ihram, biasanya sejam sebelum smpai jeddah. Tapi mutawwif sy cakap, kalau takut terlajak tidur (takut tak sempat nak niat ihram), boleh niat sebelum tidur tu. Tapi lepas tu kena lah jaga pantang larang dalam ihram.

Bagi lelaki, kalau pergi mekah dulu, pakai lah ihram siap2 dr rumah sbb nanti tak yah menyusahkan diri nak tukar2 kat atas flight (sbb toilet mmg selalu penuh). JANGAN niat without pakai ihram, sbbnya nanti kena dam! (lelaki tak boleh pakai pakaian berjahit masa ihram).

Haa tu yang penting nya kena banyak study on larangan semasa ihram. Kang tak memasal kena bayar dam kan! hehe

Oh ya, nak tambah sikit pasal beg. For hand luggage, sy sarankan letak lah sepersalinan pakaian for precaution. Sebabnya mmg ade jemaah yang tak dapat beg yg besar tu. 

Dah bila sumbat sume dlm beg besar, dlm hand luggage kosong, so bila beg besar xda, melopong lah memasing -____- Tapi xpe, ingat key word kte, SABAR. Yakin mesti ada hikmahnya kan smile emoticon

Sampai sana, kte kena redha and terima ape yang Allah nak treat us. Tapi doa sentiasa semoga Allah terima kte and mudahkan segalanyaa 

Then lagi 1, tak perlu bawak handbag, just bawak beg sling yg travel agency bagi (biasanya) je. Sebab nya beg tu senang kte nak hangkut memana.

bagi perempuan, xperlu beratkan beg bawak make up ye. Just bawak lip balm, moisturizer (sebab takut kulit kering) and lotion. Sapu lotion kat tumit kaki ye, sebab nya nak elak dr merekah.

Bagi perempuan, sangat2 disarankan niat ihram bersyarat. 

Ketika di Makkah,jika sebelum sempat tawaf, atau sedang tawaf haid datang maka secara
automatik dia dikira bertahallul maka

kte terlepas daripada pantang larang ihram.

So yg perempuan, niat ihram bersyarat k sbb kte tak tau mana tau tbe2 period datang kan

Sy smpai Makkah petang, masuk bilik, bersihkan diri then siap2 pergi Masjidil Haram. 

First time nak tgk Kaabah, tak tau nak cakap macam mana. Sebak, takut, happy and kekadang betul ke ni dah smpai Makkah. Tapi smpai sini tenang nya masya Allah.

Ktorg start buat tawaf saie sume lepas isyak sbb xnak kelam kabut. So lepas isyak lebih tenang and boleh buat slow2. 

Okay biasanya, nak buat umrah yg pertama mutawwif akan guide. So jangan risau, tanya lah mutawwif tu kalau xreti or tak paham pape k. 

Masa tawaf kena focus (tak boleh niat nak kejar ayah kat depan lah, takut kena tinggal lah). So that kena pesan awl2 nak tgu mana. 

Lepas tawaf selit lah memana nak buat solat sunat tawaf (pilih lah tempat yg plg mustajab doa ye). Haa doa lah nangis lah puas2 ngadu lah sume k smile emoticon

Then boleh minum air zam2 sambil mengadap Kaabah. Bestnyaa bila ingat balikkk hehe

Ni view dari tempat tawaf tingkat 3. 

Okay, tempat tawaf ade 3. Tingkat bawah sekali, tingkat 2 then tingkat 3. Sy dah try tawaf kat 3-3 tempat ni. So far paling best tawaf kat bawah sekali sebab rase dekat sangat dengan Kaabah ;') 

If tak nak bersesak sgt, tingkat 2 and 3 tenang sikit. Tapi kena hati2 k sebabnya ni tempat untuk org tolak wheelchair. Biasanya dorang ni main tolak je. Uish kalau terkena kaki org depan tu, sakit nyee masya Allah. Ayah cerita ade mamat ni kaki die kena wheelchair, berdarah habiss. SO CAREFUL K!

Kat Makkah, perbanyakkan kan buat TAWAF SUNAT. Sebab ada ustaz cakap, amalan ape yang paling terbaik masa kat Makkah is tawaf. Ye lah, tempat lain kte tak da pulak buat tawaf, kat Makkah je yg boleh. 

Btw, tengok Kaabah pon dah kira ibadah tau. So kalau penat tak larat nak tawaf or buat pape, tgk Kaabah pon dapat pahala, best kaaann!

Oh ya, lagi 1, kalau nak buat saie, kena tawaf dulu. Tak boleh saie without tawaf k?

Kat Masjidil Haram ada je tempat berwudhu untuk perempuan. Tapi kekadang ada je laki yang tak paham main masuk je masa kte tengah sibuk amik wudhu -___- Tapi tak boleh nak buat ape, just SABAR je lah kan.

Tapi kena cek juga tempat tu bersih ke tak, sebab masa sy ambik wudhu ade org "buang air" plak kat situ. Tu pon kena sabar lagi. Huhu. Maybe die tak jumpe toilet *husnuzon*

p/s kat sana kena banyak bersangka baik okayy

Ok ni contoh kasut/ stokin tawaf and saie. Boleh je nak pakai stokin tebal, tapi kekadang stokin ni licin and nanti senang terjatuh.

Macam kasut/ stokin ni, dia ade 'bintik-bintik' kat tapak yg membuat tak licin masa nak perform tawaf and saie.

Macam sy, sy pakai stokin tebal and pakai kasut/ stokin mcm dalam gambar ni. Biar tebal, sbbnya nak ngelakkan tumit kaki merekah and rase sakit .

Sebabnya kat Makkah mmg banyak jalan and tumit mmg akan rase sakit huhu

Bila malas nak pergi tempat ambik wudhu sbb jauh sangat, boleh le ambik wuduk guna spray ni. Isi lah air zam-zam or air biasa then ambik je lah wuduk kat bucu2 masjid or kat memana yg selesa.

Ade akak ni pesan kat sy, isi lah spray tu dgn air zam2 sbb nya kat Makkah je boleh ambik wuduk dgn air zam2. Yelaa kat tempat lain tak da kan

Kat Makkah ni mmg kena pandai menyelit. And biasa nya kalau bukan solat fardu, mmg campur je laki perempuan. 

Ni tempat sy solat sunat tawaf. Mmg dah niat nak duduk depan multazam. Masa ni before solat subuh. Tapi nanti nak dekat subuh mmg kena halau lah sbb ni tempat solat lelaki.

Okay nampak tak pintu gerbang belakang tu? Itu lah King Fahd Gate.

Sy and ayah mmg guna pintu tu je. Senang. Terus je terus nampak Kaabah.

Oh, sy kan datang dgn ayah, so selalu sy gerak sorang or tak pon janji dengan ayah nak jumpe memana. 

Jangan risau nak gerak sorang, just cakap dalam hati in shaa Allah Allah jaga.

And dekat sana kena banyak cakap "In shaa Allah".
Jangan cakap besar, contohnya "haa mesti jumpe kat sini punya (without in shaa Allah). Nanti Allah murka, habis laa hehe

Wakaf Al Quran 

Boleh beli Al quran untuk wakaf kat kedai2 tepi masjid. TApi pastikan Al Quran tu sama dengan apa yang ade dlm masjid. Sbb kalau lain, mmg tak kan dibenarkan letak dalam masjid k.

Untuk shopping kacang, inai, perfume sy prefer kat Makkah lagi. 

Inai serbuk boleh beli masa g melawat jabal rahmah. Ade org jual kat tepi2. Lagi murah. Kalau nak beli inai tube, beli kat kedai tepi2 jalan kat area MAsjidil Haram. 1 kotak noleh dpt 20 riyal, kat Madinah 30 riyal. 

Praktikkan amalam tawar menawar ye kalau beli banyak. Tapi jangan lah tawar smpai xda untung pak arab tu hehe.

Ice cream!

Mesti try ice cream kat MAkkah. Sedappp! hehe. Boleh beli dekat kedai2 tepi masjid. 3 riyal. Bila nak balik akan ajak ayah makan ice cream duluu hehe

If rase nak makan makanan arab yang sedap, boleh try kat food court dalam Safwa Tower. Harga agak mahal, tapi makanan tu portion banyak. Boleh makan 2/3 orang. Should try nasi beriani or nasi mandy. Sedaaappp

Tapi kalau kebab, sy rase kat msia lagi sedap. Tapi lain orang lain citarasa kan?

Ni pokok kurma. Memula ingat ni pokok kelapa sawit -____- haha

Okay biasa nya mmg jemaah akan dibawa pergi ladang kurma. Kat sini ada jual macam2 jenis kurma. Tapi paling femes KURMA AJWA. Boleh je try sume kurma tu, paling penting ambik sebijik then tanya kat die "halal'? maksud halal kat depa tu freee. hehe

Ni contoh kurma ajwa. Gambar kecik sbb ambik dr google.

Sabda Nabi S.A.W, "Barangsiapa yang memakan 7 biji kurma ajwa, maka dia tidak akan terkena racun dan sihir pada hari itu" 

Jabal Rahmah

Tempat yg sgt terkenal untuk berdoa supaya dipermudahkan urusan jodoh and mendapat jodoh yg terbaik hehe

Ziarah Ladang Unta

Bau kat ladang ni mmg semerbak haha. Masa turun tu, tgk bawah masa jalan takut terpijak najis. Sbb biasa nya lepas g ladang unta, kte akan pi bermiqat untuk niat umrah. Nanti xsah plak umrah kalau ade terkena najis kan? smile emoticon

Sesapa nak try susu unta fresh, boleh try kat sini

Masjid Nabawi, Madinah

Before gerak pi Madinah, wajib buat TAWAF WIDA/ WADA iaitu tawaf selamat tinggal. Kalau tak, kena dam. Lepas tawaf wida' kena banyak jaga tau, tak boleh tengok fon, tak boleh ambik gambar. Selepas tawaf wida jemaah hanya boleh buat solat sunat, kucup Hajar Aswad and berdoa. 

Sampai je Madinah, mmg environment lain sikit dr Makkah (tu korang boleh rase sendiri nanti) Tapi Masjid Nabawi cantik subhanallah tak tau nak cakap macam manaaaa. Cantik gila!


Untuk perempuan, masuk pintu 25 senang. Tapi sebelum masuk, akan ade orang cek bag. Cek je buat muka tak bersalah so tak da lah dorg nak cek lebih2 hehe

Pintu ni senang sbb dekat ngn raudhah sume. Pergh nak masuk raudhah tu mmg kena kental. Tapi doa and pasang niat nak smpai carpet hijau, and in shaa Allah ,Allah akn permudahkan.

Setiap kali masuk dalam masjid, bg lah salam kat Rasulullah k 

Masjid Nabawi waktu malam

Masjid Quba antara masjid paling suci dalam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah).

Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa.

Sabda Nabi S.A,W.," Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah.

Jabal Uhud

Tak da sape nak teman naik smpai atas, so kte bergambar dr bawah je lah ye hehe

haaa, lepas solat fardu mmg depan pintu 25 banyak beno orang menjual. Tudung mmg selambak gitu. Jubah lagi lah 20 riyal je. Tapi jangan terperdaya, murah tapi quality xda pon xbest kan.

Sepanjang jalan tu banyak je kedai jubah. Pasal shopping sy tak expert sgt, sbb kurang membeli. Tapi org kata shopping kat madinah lagi heaven.

Kalau rase shopping kat Madinah lagi mahal dr Makkah, jgn merungut k. Anggap je kte shopping kat Madinah sebagai tanda menolong orang2 kat sana yg menghidupkan and menjaga Masjid Rasulullah. In shaa Allah pahala banyak kat situ amiinn smile emoticon

Lastly nak balik ke MAlaysia tu, jangan lupa buat Ziarah Wida' ye. Ucapkan selamat tinggal kat Rasulullah. wuuu sedeynyaaaaa. 

Tapi mmg bestt! Bagi sy best pergi Makkah dulu sbb kat Makkah kena all out then smpai Madinah boleh relax2 sikit.

Maisarah Marzuki