Jurucakap Donald Trump pakai rantai peluru hidup di televisyen cetus kontroversi
KEMPEN Donald Trump untuk muncul sebagai presiden Amerika Syarikat ke-45 sememangnya sinonim dengan kontroversi. Kali ini giliran salah seorang jurucakap Trump pula mencuri tumpuan.
Katrina Pierson tampil dalam satu rancangan di CNN dengan rantai di leher yang kelihatan diperbuat daripada peluru.
Jurucakap Donald Trump pakai rantai peluru hidup di televisyen cetus kontroversi
Selepas rancangan tersebut berakhir, pengacara Jim Sciutto mengirim soalan kepada Pierson menerusi Twitter:
“Kami terlihat rantai peluru awak ketika bersiaran. Adakah wujud sebarang mesej di sebaliknya?”
.@KatrinaPierson We noticed your bullet necklace on our air. Is there a message behind it? #TheLead http://pic.twitter.com/NZuQyvNV4f
— Jim Sciutto (@jimsciutto) December 29, 2015
Tanpa segan silu, Pierson mengesahkan dalam twit beliau bahawa rantai itu diperbuat dari peluru sebenar.
Made in #Texas! Real ammo. #2A Support your local small business owners! #Trump2016 https://t.co/6T4zYWDqeR
— Katrina Pierson (@KatrinaPierson) December 29, 2015
Tindakan Pierson mengundang pelbagai respon di Twitter. Ada yang menganggap tindakan tersebut tidak sensitif memandangkan beberapa kejadian tembakan yang berlaku di negara tersebut belakangan ini.
Ada juga yang berpendapat tindakan tersebut merupakan hak peribadi Pierson yang tidak sepatutnya dikecam.
Salah satu respon datang dari Shannon Watts, seorang pejuang kawalan senjata dan pengasas gerakan Moms Demand Action for Gun Sense in America.
Watts bertindak menyindir Pierson di Twitter dengan mengatakan tindakan jurucakap Trump itu “mungkin untuk memberi kesedaran tentang 90 orang rakyat Amerika yang ditembak mati setiap hari.”
Surely @KatrinaPierson wore bullet necklace on #CNN to bring attention to 90 Americans fatally shot daily #gunsense http://pic.twitter.com/o45m0V1hXe
— Shannon (@shannonrwatts) December 30, 2015
Sindiran tersebut tidak memberi kesan kepada Pierson malah dibidas semula.
Menurut Pierson, mungkin selepas ini dia akan memakai rantai berhias janin sebagai mewakili 50 juta orang yang digugurkan dan tidak sempat berada di Twitter.
Maybe I'll wear a fetus next time& bring awareness to 50 million aborted people that will never ger to be on Twitter https://t.co/UTomoyYXLK
— Katrina Pierson (@KatrinaPierson) December 30, 2015
Bidasan ini dilihat menyelar pandangan golongan Demokrat yang rata-rata bersetuju agar pengguguran dibenarkan.
Katrina Pierson merupakan antara jurucakap Donald Trump paling aktif dan sentiasa muncul di kaca televisyen untuk menyampaikan komentar politik berkenaan perkembangan kempen Trump.
Kempen Trump yang dilihat membangkitkan sentimen perkauman dan anti-Islam sudah diselar pelbagai pihak termasuklah lagenda tinju Muhammad Ali, pejuang pendidikan Malala Yousafzai, ketua pegawai eksekutif Google Sundar Pichai, pengarah filem Michael Moore, dan bintang Hollywood Tyrese Gibson.
Sumber : Awani
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/1R5hSGa .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp