Kecelaruan di Awal 2016

Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu Merangkap Pegawai Kluster Belia Yab Dato' Seri Menteri Besar Terengganu

Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu Merangkap Pegawai Kluster Belia Yab Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu

Kecelaruan di Awal 2016.Tahun baru 2016 masuk hari ke 4. Alhamdulillah anak anak kita memulakan persekolahan kemarin & hari ini. Bonus buat kakitangan awam & pesara kerajaan pula dibayar pada hari ini. Pada saya suasananya amat baik bak air sungai yang sedang mengalir tenang walaupun kadang kadang ada juga geloranya.

Awal 2016 menyaksikan dunia islam agak celaru. Arab Saudi mengakhiri hubungan diplomatik dengan Iran berikutan serangan ke atas kedutaannya di Tehran berkenaan bantahan hukuman terhadap ulama Syiah terkenal Arab Saudi, Sheikh Nimr al-Nimr.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar Arab Adel Al-Jubeir, selepas penunjuk perasaan menyerbu kedutaan Arab Saudi di Tehran.
Al-Jubeir berkata, semua diplomat Iran harus meninggalkan Arab Saudi dalam masa 48 jam.

Kita berharap ketegangan hubungan ini tidak berterusan kerana ia akan membawa kesan yang amat buruk jika 2 negara islam ini bersengketa. Saya cukup takut jika ia nya berpanjangan. Takut jadi mcm Iran & Iraq satu ketika dahulu.

Satu hal lagi yang merimaskan ialah harga minyak mentah global dijangka tidak akan naik melepasi kadar USD40 setong pada 2016 susulan lebihan bekalan yang tidak menunjukkan tanda penurunan.

Arab Saudi nampknya masih enggan memotong pengeluaran & ingin kekal berdaya saing dalam sektor minyak dan gas dan memastikan pengeluar minyak mentah Shale di Amerika Syarikat kalah.

Iran juga pembekal minyak utama dunia, ia boleh membekalkan 500,000.00 tong sehari . Apakah konfrantasi Arab Saudi & Iran sekarang ini akan terus memberi kesan kepada pasaran harga minyak dunia?.

Keadaan ini juga akan memberi kesan kepada Malaysia serta negeri kita Terengganu yg juga bergantung kepada hasil minyak. Pendapatan negara dan negeri akan berkurangan. Bila pendapatan berkurangan, ia akan sedikit membantutkan segala perancangan kerajaan kepada rakyat.

Moga semuanya selamat dgn usaha bersama serta dengan iringan doa kepada yang maha kuasa. Dunia islam sudah tidak mampu bersengketa sesama kita.

ZM
Pengerusi Majlis Belia Terengganu
Pengerusi Persatuan Siswazah Terengganu.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/1RZHMLz .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp