KSN Nafi Kakitangan Awam Kontrak Ditamatkan Disember Ini


PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa menafikan dakwaan bahawa penjawat awam berstatus kontrak akan ditamatkan sepenuhnya bermula Disember 2016, lapor Astro Awani.

Menurut beliau, kerajaan tidak berhasrat untuk menamatkan kakitangan kontrak tahun ini dan menganggap berita yang disebarkan oleh individu terbabit palsu, fitnah, tidak bertanggungjawab dan tidak berautoriti,

Semalam, seorang kakitangan awam dari Putrajaya mendakwa kakitangan awam berstatus kontrak akan ditamatkan menjelang Disember 2016. Katanya maklumat itu diperolehi daripada mesyuarat yang baru dihadirinya jam 8.30 pagi semalam. 


Bagaimanapun, berikutan tersebarkan dakwaan itu, sumber telah memadamkan kenyataannya dari laman sosial tersebut. - THEHYPEMEDIA.COM