Luluh Hati Lihat Persiapan Sekolah Terbakar

KUANTAN :Tangisan seorang anak kecil, Nur Marissa Maisara Ahmad Syafie, 5, berjaya menyelamatkan nyawanya bersama dua orang kakak­nya apabila rumah mereka di Taman Balok Pine, Balok dekat sini terbakar pada pagi semalam.
Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, rumah tersebut hampir musnah keseluruhannya dengan ke­semua peralatan habis terbakar termasuk kelengkapan persekolahan antaranya baju, kasut, beg dan alat tulis untuk tiga beradik itu.
Menceritakan semula peristiwa itu, kakak sulung Nur Marissa, Nur Syakira Nadia, 14, berkata, semasa kejadian mereka sedang tidur di dalam bilik di rumah tersebut.