Rejim Zionis musnah rumah dua pemuda Palestin bunuh warga Israel

rumah-palestin

JERUSALEM, Selasa – Pasukan keselamatan rejim Zionis, semalam, memusnahkan dua rumah warga Palestin yang membunuh empat warga Israel dalam satu pertempuran di timur bandar ini, baru-baru ini.

Di kejiranan Jabel Mukaber, rumah Alaa Abu Jamal dicurahkan dengan simen konkrit dan ditutup, kata wartawan AFP yang berada di tempat kejadian.

Abu Jamal pada 13 Oktober lalu memandu kereta dan merempuh sekumpulan warga Israel di sebuah perhentian bas di sini sebelum keluar dan menikam seorang rabbi. Beliau kemudian ditembak mati oleh pasukan keselamatan Israel.

Abu Jamal juga adalah sepupu kepada dua warga Palestin yang menyerbu sebuah rumah ibadat Yahudi kejiranan Har Nof dengan pisau pemotong daging dan pistol, membunuh lima Yahudi yang sedang beribadah dan seorang anggota polis, sebelum mereka ditembak mati.

Di bahagian lain di Jabel Mukaber, pihak berkuasa Israel memusnahkan dinding rumah Bahaa Allyan, di tingkat dua bangunan tiga tingkat.

Allyan dan seorang lagi warga Palestin, Bilal Ghanem, pada 13 Oktober lalu menembak dan menikam penumpang sebuah bas di sini, membunuh dua warga Israel dan seorang lelaki yang mempunyai dua kewarganegaraan, Amerika Syarikat dan Israel.

Allyan ditembak mati, manakala Ghanem ditangkap.

Ratusan anggota polis dan tentera rejim berada di tapak perumahan yang dimusnahkan itu bagi mengawal keselamatan dan menghalau penduduk dari situ. – Agensi

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/1OHqNNR .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp