(Video) Berhenti Fitnah Red Bull!


Video ini sudah lama berlegar di media sosial. Ia menunjukkan jantung seorang pesakit yang kelihatan tersembul dari balik dinding dadanya. Video ini agak viral kerana ramai yang mendakwa ia adalah akibat dari meminum 20 tin air Red Bull. Ramai yang percaya dan turut share dan like video dalam bahasa asing ini.

Sebenarnya, video ini bukanlah kesan dari meminum Red Bull. Ia adalah kes trauma yang melibatkan kecederaan yang berkemungkinan jatuh atau nahas jalan raya. 


#JANTUNG_MELETUP_KERANA_RED_BULL? Video ini sudah berlegar lama di media sosial. Ia menunjukkan jantung seorang pesakit yang kelihatan tersembul dari balik dinding dadanya. Ia agak viral kerana ramai yang kata ia adalah akibat meminum 20 tin Red Bull. Ramai yang percaya dan turut share dan like video dalam bahasa asing ini. Sebenarnya video ini bukanlah kesan daripada meminum Red Bull. Ia adalah kes trauma yang melibatkan kecederaan berkemungkinan jatuh atau nahas jalan raya. Pesakit ini mengalami masalah dereran tulang rusuk kiri yang patah pada multiple segment. Dalam istilah perubatan kondisi ini dipanggil 'Flail Chest'. Ia terbukti dari ritma penafasan songsang pesakit yang kami panggil paradoxical chest wall movement. Berkemungkinan besar ada kecederaan juga pada jantung dan paru2nya. Bukti bahawa kes ini adalah merupakan kes trauma adalah dengan luka lebam yang besar yang ada pada kulit dada kirinya. Juga pesakit memakai spinal board serta cervical collar dan head immobilizer yang hanya digunakan bagi kes2 trauma bagi melindungi tulang belakang dan leher pesakit. Oleh itu, berhentilah memfitnah Red Bull. Kesian depa...Jangan jadikan depa mangsa fitnah seperti Pizza Hut.
Posted by Abdul Rahman Abdul Kadir on Monday, January 4, 2016
Pesakit ini mengalami masalah dereran tulang rusuk kiri yang patah pada multiple segment. Dalam istilah perubatan, kondisi ini dipanggil Flail Chest.  Ia terbukti dari ritma pernafasan songsang pesakit yang kami panggil paradoxical chest wall movement. Berkemungkinan besar ada kecederaan juga pada jantung dan paru-paru mangsa.

Bukti bahawa kes ini merupakan kes trauma adalah, kesan luka dan lebam yang besar pada kulit dada kirinya. Juga, pesakit memakai spinal board serta cervical collar dan head immobilizer yang hanya digunakan bagi kes-kes trauma bagi melindungi tulang belakang dan leher pesakit.

Oleh itu, berhentilah memfitnah Red Bull. Kasihan mereka, jangan jadikan mereka sebagai mangsa fitnah seperti Pizza Hut. - Abdul Rahman Abdul Kadir