CHINA - Tangan seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 5 tahun, tersangkut di lubang pemegang eskalator ketika bermain berhampiran mesin itu.
Dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat beli belah di bandar Kaili, wilayah Guizhou itu, tangan mangsa tersangkut di eskalator tersebut.
(Video) Tangan Budak Tersangkut Di Eskalator LagiSeorang kanak-kanak lelaki dibiarkan bermain di eskalator tanpa sebarang pengawasan ibubapanya sehingga menyebabkan kanak-kanak itu hampir kehilangan tangan kirinya. http://goo.gl/6x74uP
Posted by The Hype Media on Thursday, January 7, 2016
Mujur kejadian itu dilihat oleh beberapa pengunjung yang lain terus segera menekan butan kecemasan dan menyelamatkan mangsa itu dari sebarang kecederaan yang serius.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak bermain berhampiran eskalator kerana bimbang kejadian seumpama ini berlaku. - THEHYPEMEDIA.COM