Wanita mati lemas gara-gara asyik bermain telefon

Menggunakan telefon pintar ketika membawa kenderaan memang berbahaya. Tidak kiralah kereta, motorsikal ataupun kapalterbang. Tetapi, jika terlalu asyik bermain telefon semasa berjalan kaki, juga boleh mengundang padah.

Perkara ini berlaku kepada seorang wanita di China, dan ia dirakam oleh CCTV berhampiran. Rakaman CCTV di bandar Wengzhou, di wilayah Zhejiang di China menunjukkan, seorang wanita yang menggunakan telefon semasa berjalan kaki, terjatuh ke dalam sungai dan mati lemas.

 

Apa yang menghairankan, laporan dari CCTVnews menyatakan sungai itu tidaklah terlalu dalam, hanya di paras dada. Rakaman video CCTV tersebut, menunjukkan wanita tersebut meronta-ronta lebih dari seminit selepas terjatuh, sehingga beliau terbaring kelemasan.

Mangsa yang dikenali sebagai Wang, berusia 28 tahun ditemui oleh suaminya, yang mencarinya di awal pagi kerana beliau tidak pulang ke rumah pada malam sebelumnya. Suami Wang menemui kasutnya di tepi sungai, lantas terlihat badan Wang yang tidak bermaya itu.

Perkara ini bukanlah yang pertama, dan pastinya bukan yang terakhir, jika pengguna telefon pintar terus lalai dengan keadaan sekitar.

Beberapa tragedi yang hampir sama berlaku tahun lepas. Seperti seorang warga Amerika, terjatuh ke dalam gaung kerana asyik bermain telefon. Manakala dalam satu kes lain, seorang wanita yang melintas jalan sambil bermain telefon, dilanggar dua buah lori di China.

Orang ramai harus memastikan keadaan sekitar agar sentiasa selamat, sebelum menggunakan telefon pintar. Apatah lagi, pengguna juga lebih mudah terdedah kepada ancaman ragut dan curi, jika terus lalai memerhatikan keadaan sekeliling.

[SUMBER]

Wengzhou di Wilayah Zhejiang China

The post Wanita mati lemas gara-gara asyik bermain telefon appeared first on TheSkop.

===========================

PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/1Z0PBQl .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp