Acer telah memperkenalkan komputer riba berkuasa tinggi mereka – memfokuskan mereka yang inginkan komputer riba permainan atau membuat tugasan multimedia tinggi tetapi pada harga lebih rendah, iaitu Acer Aspire V Nitro. Hari ini, pada CES 2016, pihak Acer mengemaskini penawaran komputer riba berkenaan dengan kamera 3D.
Komputer riba Acer Aspire V Nitro hadir dalam pilihan saiz skrin 15-inci atau 17-inci, dilengkapi cip pemprosesan Intel generasi ke-6, kad grafik NVIDIA GTX960M dan ruangan storan berasaskan SSD. Secara kasar segalanya boleh dikatakan menyerupai bersi sebelum ini, tetapi untuk versi kemaskini kali ini, ia hadir dengan sokongan kamera Intel RealSense 3D.
Melalui penggunaan Intel RealSense 3D, selain membolehkan log masuk menggunakan Windows Hello, ia juga turut membolehkan pengguna untuk mengawal beberapa permainan dan perisian menggunakan gerakan gesture.
Acer bakal memasarkan komputer riba Acer Aspire V Nitro baru ini sekitar bulan Februari 2016 kelak, pada harga $1099 (~RM4780).
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/1OuQ9wj .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp