Segway sebelum ini telah diambil-alih oleh Ninebot yang telah menerima pelaburan daripada pihak Xiaomi. Terkini, mengumumkan perancangan untuk tahun 2016, puhak Segway mengatakan mereka akan menyertai arena robotik melalui sebuah perniagaan baru dinamakan Segway Robotics.
Dengan bahagian baru ini, ia akan menjadikan syarikat mereka terbahagi kepada dua, iaitu satu untuk pengangkutan dan satu lagi untuk robotik.
Segway mengatakan mereka akan bekerjasama dengan pihak Intel dan Xiaomi untuk menyertai arena robotik memfokuskan perkhidmatan dalam rumah. Segway mengatakan mereka akan membangunkan beberapa konsep futuristik dengan mengintegrasikan teknologi sedia ada dalam membangunkan bahagian robotik ini.
Pada masa yang sama, pihak Segway turut mengatakan jenama Ninebot akan menjadi salah jenama dibawah bahagian pengangkutan Segway.
===========================
PENGUMUMAN: ARTIKEL/BLOG POST INI TELAH DI PUBLISH SECARA AUTOMATIK DARI LAMAN http://ift.tt/1mzW7kG .
Sekiranya anda rasa artikel ini mempunyai unsur LUCAH & SENTIMEN PERKAUMAN atau yang sewaktu dengannya, dan anda merasakan ianya patut di delete/padam dari blog ini. Sila hantarkan aduan/mesej inbox facebook kami iaitu di ADUAN @ http://ift.tt/1YYEtDp